Zaman kanak-kanak... ya aku terkenangkan zaman kanak-kanak lebih kurang 27 tahun yang lalu. Bermain masak-masak, lompat getah, selambut(serembang) dan macam-macam lagi. Masa dulu main masak-masak tak macam sekarang. Peralatan yang digunakan termasuklah tempurung kelapa, periuk dan sudu yang tak pakai lagi. Duit pula guna pokok pitis atau apa-apa daun yang sesuai. Kuih-muih dibuat guna tanah liat. Kami main samada kat bawah rumah atau kat bawah pokok, beralaskan daun pisang. Nora, Saedah, Salamah dan Ani, merekalah teman sepermainan aku dulu.Balik sekolah terus janji nak mandi sungai sebelum pergi mengaji. Tempat mengaji tak jauh, jadi kami berjalan kaki, tapi kena lalu tepi semak. Kalau sorang-sorang takut juga. Tok Guru mengaji bernama Mak Yam (Arwah). Dalam perjalanan balik mengaji biasanya kami akan mencari buah-buah seperti buah "khiyat", buah bulu, buah setor(sentul), buah setar(kundang), buah gambar (rambai) buah settor (manggis). Sesetengah pokok ni dalam hutan, tak ada tuan dan sesetengah ada tuan, kami kutip yang dah gugur.Nak cerita bab mandi kat sungai. Sungai terletak depan rumah kami je, tak jauh pun. Biasanya waktu tengah hari dan petang, kami mandi kat sungai. Pagi kami mandi guna air telaga, sebab masih gelap, begitu juga kalu mandi waktu malam. Kalau mandi kat sungai , mandi macam tak nak naik. Berenang sana, berenang sini terutama bila mandi ramai-ramai. Sampai mata pedih dan merah. Selalu kena marah dengan abang dan ayah. Kadang-kadang kami berenang sampai ke tengah sungai guna kelapa yang dah tua, yang dah tak de air dan isi kat dalamnya. Kelapa ni terapung bila letak dalam air, sebab tu boleh menampung kita bila kita berenang menggunakannya. Kat tengah sungai airnya cetek dan berpasir. Kadang-kadang ada etak (bentuk macam kupang, tapi kecil) atau tijah (bentuk macam lala tapi warnanya hitam, putih dan coklat) dalam pasir tu. Apalagi kami pergi kutip ramai-ramai. Ada yang berenang, ada yang naik perahu. Macam pesta jadinya. Dah lama aku tak makan tijah, em... bestnya bila masak lemak putih. Etak pula selain boleh dimasak lemak putih, boleh disalai. Em… bestnya.Semasa perjalanan nak pergi mengaji, kami akan melalui tali air. Tali air ini bertujuan mengalirkan air dari sungai ke kawasan bendang (sawah) apabila tiba musim untuk mengalihkan anak padi. Kami seronok tengok bila masa air tengah dipam masuk. Waktu bukan musim menanam padi, tali air kering, kalau ada air pun cuma sedikit. Masa ini adalah orang yang mencari ikan dalam tali air. Ikan Keli, Kepa, ruang (haruan), belut dan anak ular pun ada. Sama lah kalau musim padi ditanam, terutama selepas padi dituai. Ayah dan abang selalu tangkap ikan-ikan darat ini untuk buat lauk. Maklumlah masa tu hidup susah.Yang paling seronok pengalaman masa kanak-kanak dulu adalah masa banjir. Memang masa banjir, masa yang ditunggu-tunggu. Kalau bersekolah pun, sekolah kena cuti. Kalau air naik waktu malam memang tak boleh nak tidur malam tu. Ayah dan mak tak boleh tidur sebab risaukan ayam itik mereka atau risaukan tanaman mereka, tapi aku sebab tak sabar nak main bah (banjir). Keesokannya memang sampai kecut tangan main air. Kadang-kadang abang buatkan rakit dari batang pisang atau buluh. Lepas main air, naik makan ubi (keledek) rebus. Ada macam-macam warna merah, oren dan putih. Ini lah makanan rasmi kami semasa bah. Biasanya ubi ni ayah dan mak tanam sendiri. Kalau nasi pula, berselera kalau makan dengan ikan budu. Nyam…nyam… nyam sedapnya kalau makan dengan nasi panas. Beras pun cepat habis sebab selalu makan. Pada musim bah ni, abang selalu tahan pukat. Aku selalu ikut abang aku tahan pukat kat sawah atau bendang.Ayah dan mak buat kerja bercucuk tanam. Masa kanak-kanak dulu aku selalu tolong mereka. Balik sekolah, tolong mek aku kutip timun batang, kacang panjang, jagung dan lada (cili). Kebunnya dekat je dengan rumah. Kat kebun ni ada pokok terajang (tak tahu org kl panggil apa), buahnya kecil-kecil, warna purple gelap bila masak. Sedaplah juga kalau dimakan. Lagi ada pokok jambu. Buah jambu ni, kecil je, biji banyak, bila masak warna kuning. Pokok jambu ni tak ditanam, rindunya nak makan buah jambu biji banyak ni, manis…. Satu lagi yang menjadi kegemaranku buah setar(adik beradik buah kundang, tapi bentuknya bulat). Pokoknya ada betul-betul kat belakang rumah, tapi bukan keluarga aku punya, orang punya, tapi tuannya bagi ambil, lagi pun tuannya tinggal jauh. Kalau belum masak, rasanya masam, sedapnya dimakan dengan kicap atau cuka atau dengan garam saja. Kalau dah masak, warna oren, wah manisnya. Sekarang ni, pokoknya dah tak de. Tuan dia dah tebang, kurang berbuah dan tak mendatangkan hasil agak nye.Bab tolong mak ayah ni, aku ada lagi satu cerita. Mak ayah aku ada juga bercucuk tanam kat kawasan pulau. Biasanya timun cina (tembikai), kacang tanah, jagung, cili di tanam di pulau. Kalau nak pergi sana kena naik perahu (sampan). Yang paling best masa nak cabut kacang tanah. Masa tu kami akan bawa bekalan makanan seperti beras dan lauk-pauk. Sampai je kat pulau, kami akan masak nasi. Lauk dah siap masak. Kami bekerja dari pagi sampai petang. Cuaca memang panas, oleh itu kami menggunakan payung yang diikat pada sebatang kayu atau buluh dan menanamnya di kawasan kami bekerja. Kayu atau buluh ini dijadikan penyambung kaki payung tadi supaya lebih tinggi dan memudahkan kerja kami. Kalau kami berpindah ke kawasan lain, kami akan cabut payung tinggi tersebut dan pindah ke tempat baru. Walaupun penat aku tetap tolong sebab seronok. Lagi pun dapat upah.Satu lagi yang masih bermain di fikiranku bila tiba musim timun cina (tembikai) masak. Masa ini tak de la berkelah sebab kalau lapar atau dahaga boleh makan terus buah tu. Buah ni kalau dimakan time tu, memang lain dari yang kita beli dengan orang, best giler. Buah ni biasanya ditanam di kawasan berpasir, iaitu selapas musim bah.Bersambung....
Selasa, 21 April 2009
TERKENANG SEMASA DULU...

Jumaat, 17 April 2009
Selasa, 14 April 2009
Kasih Ayah

Ini pula wajah ayahnandaku yang bersusah payah mencari rezeki demi membesarkan anak-anaknya. Terima kasih ayah, tanpa mu siapalah aku.
Kasih Ibu
Inilah wajah insan yang melahirkan, membesarkan serta mendidik aku. Ibu, segala susah payahmu tidak ternilai, tidak dapat ku membalasnya. Ibu, terima kasih untuk segala-galanya, selagi hayat dikandung badan, kasihmu, pengorbananmu, jasamu tetap ku kenang.
Langgan:
Ulasan (Atom)