| Tahun 2010, Aisyah memasuki tahun satu manakala kakaknya Farah di tahun dua. Di sebelah pagi mereka bersekolah di Sekolah Kafa Integrasi Hidayatul Iman, Sungai Jelok, manakala sebelah petang pula Sekolah Kebangsaan Sri Jelok, Taman Sri Jelok, Kajang. Sempat aku merakamkan gelagat mereka semasa hari pertama persekolahan tahun 2010. |