Tahun 2010, Aisyah memasuki tahun satu manakala kakaknya Farah di tahun dua. Di sebelah pagi mereka bersekolah di Sekolah Kafa Integrasi Hidayatul Iman, Sungai Jelok, manakala sebelah petang pula Sekolah Kebangsaan Sri Jelok, Taman Sri Jelok, Kajang. Sempat aku merakamkan gelagat mereka semasa hari pertama persekolahan tahun 2010.
Beratur bersama rakan-rakan sekelas
Aisyah Mengangkat Tangan Apabila Namanya Dipanggil
Peliharakanlah anak-anak ku di mana jua mereka berada.
Jadikanlah mereka hambaMu yang solehah.
Jadikanlah mereka anak-anak yang mendengar kata dan menghormati orang tua.
Jadikankan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Bahagiakan hidup mereka di dunia dan akhirat.